fbpx

Peluang Mewakili Malaysia Di Capcom Pro Tour Vietnam Dengan Kitamen Legends SFV, Road To Saigon

Kitamen, sebuah syarikat yang terkenal dengan pusat sehenti para pemain untuk datang dan bermain permainan video bersama dengan rakan-rakan. Mereka sekali lagi melangkah kehadapan dengan program baharu untuk membantu pemain profesional ke mata dunia. Kitamen Legends Street Fighter 5, Road to Saigon adalah sebuah acara perlawanan kecil yang akan diadakan pada 15hb April ini bertempat di Geek Empire, Ampang.

No automatic alt text available.

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk membuat perlawanan sesama peserta untuk permainan Street Fighter V yang dimana pemenang akan dihantar untuk menyertai acara beprestij, Capcom Pro Tour Vietnam Saigon Cup 2017 pada bulan Mei ini.

Penyertaan dibuka sehingga 48 pendaftaran tanpa kebergantungan kepada apa-apa peraturan. Dengan yuran kemasukan sebanyak RM20, peserta boleh berpeluang untuk memenangi hadiah seperti dibawah:

Tempat Pertama: Tajaan untuk menyertai Capcom Pro Tour Vietnam Saigon Cup 2017 (Penerbangan balik & penginapan) + Medal.
Tempat Kedua: Hadiah misteri + Medal
Tempat Ketiga: Hadiah misteri + Medal

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -