Pada minggu lepas beberapa pemain memberi maklum balas bahawa mereka tidak dapat log masuk untuk bermain permainan For Honor secara dalam talian atas sebab gangguan dari pelayan. Ubisoft telah mengesahkan isu secara rasmi dengan memberikan pampasan “Champion Status” kepada semua pemain.
Untuk mendapat pampasan ini, pemain perlu log masuk di antara tarikh 3hb Mac (1 petang mengikut waktu Malaysia) hingga 5hb Mac untuk mendapatkan kandungan-kandungan yang dinamakan “Champion Status” seperti dibawah:
- Penambahan Salvage dari penghapusan peralatan pemain
- Penambahan Loot selepas tamat perlawanan
- Lebihan mata XP sehingga +25%
- 3 Champion Emblem eksklusif
- Logo Champion eksklusif disebelah nama pemain
- Lebihan mata XP sehingga +10% untuk pemain dari pasukan yang sama
- Kelebihan status Champion yang lain
Pampasan ini disediakan kepada semua platform.
Iklan: Anda boleh mendapatkan For Honor ini dengan harga dari RM229 di laman web Lazada.

