Pemain-Pemain Ini Akan Mewakili Malaysia Dalam Kejohanan Dunia IeSF 2017

Now Reading
Pemain-Pemain Ini Akan Mewakili Malaysia Dalam Kejohanan Dunia IeSF 2017

Dalam masa pihak komiti Olimpik sedang membincangkan kemasukan esukan ke arena antarabangsa, ada badan lain yang telah lama memperjuangkan visi yang sama dengan cara tersendiri. International e-Sports Federation (IeSF) telahpun menjalankan Kejohanan Dunia IeSF sejak lapan tahun dahulu dan akan meneruskan edisi ke-9 tahun ini.

Tiga daripada permainan yang dipertandingkan bakal menerima wakil daripada pemain Malaysia untuk Kejohanan Dunia yang bakal berlansung di Korea Selatan pada 9-12 November. Pemain-pemain ini telah melalui pusingan kelayakan peringkat negara yang dianjurkan oleh e-Sukan Malaysia (eSM).

Pusingan kelayakan ini telah berlangsung di Digital Fortress E-Sports Arena dan Orange Esports Stadium pada Ogos 26-27. Pemenang bukan sahaja membawa pulang wang tunai, mereka juga menerima tajaan  daripada AMD dan Omen By HP tiket penerbangan dan penginapan untuk ke Busan.

Bagi Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO), pasukan Fire Dragon Esports telah mucul juara. Organisasi esukan ini baru diasaskan awal tahun ini dan kini memiliki ramai pemain-pemain berkebolehan dalam pelbagai jenis permainan.

Pasukan Fire Dragoon Esports adalah:

1) Taschvind ‘Taz’ Sielan Jayasielan
2) Ahmad Khalish ‘d4v41’ Rusyaidee Bin Nordin
3) Muhammad Ridzuan ‘3nable’ Hazi Bin Hasnul Hazi
4) Muhammad ‘Click-’ Idzni Bin Rosdi
5) Lee ‘y00ngHwe1’ Yoong Hwei

Bagi League Of Legends, Team Rough Life merangkul gelaran juara sekaligus bakal mewakili Malaysia ke Busan.

Team Rough Life adalah:

1) Khoo ‘RL Albin’ El Bin
2) Loo ‘RL Lavender’ Kah Yew
3) Yap ‘chuer bae’ Li Aw
4) Liew ‘RL KURURU’ Khai Chun
5) Hong ‘RL ShiroNeko’ Kar Yi
6) Louis ‘RL Imanotgod’ Wong

Akhir sekali, Tekken 7 bakal menyaksikan bakat baru Muhammad Zarif ‘HXI | ZABA’ Aiman sebagai wakil tunggal untuk permainan ini. Pertama kali kelihatan pada kejohanan Janda Cup Tekken 7, beliau kini bermain di bawah pasukan Infinite Carnage dan telah banyak acara Tekken tempatan. Ini merupakan kejayaan terbesar setakat ini buat beliau yang telah mengalahkan pemain-pemain dari pasukan Flash Vision untuk bergelar juara.

Kejohanan Dunia IeSF bakal menyaksikan 47 negara bertanding dalam pelbagai jenis pertandingan. Jumlah hadiah ditawarkan untuk CS:GO dan League Of Legends mencecah sehingga 20 juta Won Korea (lebih kurang RM75,000) manakala Tekken 7 menawarkan sehingga 4 juta Won Korea (lebih kurang RM15,000).

(gambar daripada JomGaming, ehsan daripada eSM)

About The Author
meckronos
Muslim, Gamer, Programmer.
Comments
Leave a response

Komen