fbpx

Pemaju Life Is Strange, Dontnod Mengumumkan Permainan Baharu Mereka

Dontnod Entertainment, yang terkenal dengan permainan Life Is Strange, Remember Me, malah dengan yang baru sahaj dilancar, Vampyr mengumumkan permainan baharu mereka bersempena dengan penantian Playstation E3.

Twin Mirrors, adalah sebuah permainan penyiasatan yang lebih memfokuskan kepada jalan cerita. Bermula dari protagonisnya balik dari pengebumian rakannya ke rumah dan apa yang memeranjatkan, beliau bangun pada esoknya dengan baju yang berlumur darah, sehinggakan beliau tiada idea mengenai insiden ini.

Permainan ini akan dibina oleh Dontnod dan akan diterbit oleh Bandai Namco. Jikalau Vampyr membawa sentuhan gerak geri aksi karakter seperti permainan Remember Me, maka Twin Mirror lebih mengikuti konsep Life Is Strange, yang bertemakan suasana suram dengan fokus kepada naratif jalan ceritanya.

Twin Mirror akan mula dipasarkan pada 2019 untuk PS4, PC dan Xbox One.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -