fbpx

Pembangun Black Myth: Wukong Menyaran Semua “Melupakan” Berikutan Penularan Video Permainan

Mungkin sesetengah dari kita sedia tahu, dan sesetengah darinya tidak. Beberapa hari yang lepas, satu video bentuk permainan dimuat naik dan menjana jutaan tontonan dengan reaksi baik sehingga menular didalam internet.

Video yang menunjukkan bentuk permainan hasil dari syarikat China, Black Myth: Wukong, sedikit sebanyak memparkan kualiti permainan dengan teknik seni pertahanan diri dan juga watak mitologi yang sering didengari, Wukong.

Sejurus selepas penularan video tersebut, Pengasas studio pembangun, Game Science, Feng Ji memberi komen yang dimana pasukan mereka sedang giat membangun permainan ini dan mula sembunyikan status pembangunan permainan ini. Beliau juga memohon maaf atas kesilapan mengenai video bentuk permainan yang masih lagi didalam status Pra-Alpha.

Mengikut dari laporan IGN, Feng Ji menyarankan semua untuk melupakan apa yang kita lihat dari video yang ditular atas sebab bentuk permainan tersebut adalah lebih kepada mepromosikan peluang kerjaya untuk menyertai syarikat mereka.

Beberapa komen didalam internet dan Youtube juga berkata permainan ini menggunakan teknologi Unreal Engine baharu yang pernah diperlihatkan pada Mei lepas.

Mengikut dari pengumuman asal dari Game Science, Black Myth akan dilancarkan untuk konsol PS5, Xbox Series X dan Juga PC. Namun tiada tarikh pelancaran buat masa ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -