fbpx

Pembangun Permainan Dirt, Codemaster Menerima Lesen Eksklusif WRC

Nampaknya lesen rasmi FIA World Rally Championship (WRC) untuk permainan video kembali semula ke Codemaster.

Dengan perlesenan ini, Codemaster akan mempunyai hak penerbitan permainan rali WRC dari tahun 2023 sehingga 2027. Permainan ini bakal diterbit didalam bentuk tahunan untuk konsol, PC dan mudah alih. Ianya juga mengandungi perlesenan untuk kejohanan esukan WRC.

Nacon adalah syarikat yang sedang memliki perlesenan ini dan akan melancarkan permainan WRC 10 dan WRC 11 untuk tahun 2021 dan 2022. Sebelum ini, Codemaster pernah memiliki lesen WRC pada tahun 2002 untuk siri permainan Colin McRae Rally mereka.

Codemaster kini mempunyai dua pasukan untuk pembangunan permainan perlumbaan rali, salah satunya Evolution Studios di Cheshire kini sedang membangunkan permainan Dirt 5. Maka berkemungkinan besar, pasukan kedua yang bertanggungjawab disebalik permainan Dirt Rally bakal membawakan lesen WRC ini ke siri permainan Dirt seterusnya.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -