fbpx

Pengasas Namco Dan “Bapa” Pac-Man Meninggal Dunia Pada Umur 91 Tahun

Salah seorang tokoh legasi didalam industri permainan video, Masaya Nakamura disahkan meninggal dunia pada umur 91 tahun.

Beliau memulakan syarikat ini dengan bernama Nakamura Manufacturing pada tahun 1955 sebagai syarikat karnival hiburan. Kemudian, ianya ditukar kepada Nakamura Amusement Machine Manufacturing Company atau “Namco” jikalau dipendekkan. Syarikat itu kini dikenali sebagai Bandai Namco selepas pergabungan dua syarikat ini pada tahun 2005.

Beliau juga salah seorang orang yang penting dan dikenali sebagai “Bapa” kepada permainan video klasik, Pac-Man.

Mendiang menghebuskan nafas terakhir pada 22hb Januari 2017 dan kenyataan baru sahaja dikeluarkan semalam oleh Bandai Namco melalui laman web rasmi mereka.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -