fbpx

Pengasas Penggodam PSN “Lizard Squad Akan Dikenakan Hukuman Penjara Selama 2 Tahun

Sumber: Forbes

Salah satu dari pengasas Lizard Squad, sebuah organisasi yang bertangungjawab atas godaman pelayan PlayStation Network pada tahun 2014 yang lepas mengakui bersalah pada mahkamah persekutuan US hari ini.

Zachary Buchta, akan mengenakan hukuman penjara dua tahun atas pengakuan tersebut. Namun pengakuan tersebut bukanlah atas sebab isu terkenal godaman mereka pada pelayan PSN ataupun Xbox Live, ianya adalah berkaitan dengan beberapa insiden berkait dengan Lizard Squad, salah satunya adalah aduan palsu ancaman bom yang menyebabkan salah satu penerbangan American Airlines yang menyebabkan penerbangan tersebut mencari landasan terdekat untuk siasatan lanjut.

Ironinya, penerbangan tersebut membawa John Smedley, yang sebelumnya memegang jawatan Presiden kepada Sony Online Entertainment.

Isu godaman PSN & Xbox Live pada tahun 2014 adalah salah satu sejarah hitam bagi syarikat gergasi seperti Sony untuk memperketatkan tahap keselamatan pelayan mereka supaya ianya tidak berulang lagi. Sepertimana kita dapat tahu, banyak pemain GT Sport tidak dapat log masuk pada minggu lepas atas gara-gara potensi penggodam kepada pelayan PSN.

Sumber: Polygon, Chicago Tribune


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -