fbpx

Percuma Steam Wallet & Aksesori Dengan Setiap Pembelian Laptop Gaming Legion 5i

Lenovo Malaysia kini sedang menawarkan promosi untuk laptop gaming yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas, Legion 5i.

Promosi ini akan membawakan beberapa hadiah percuma terhadap pembelian laptop tersebut, hadiah seperti Steam Wallet bernilai RM100, Intel Game Code bernilai RM240 dan beberapa aksesori Lenovo Legion, seperti beg sandang, tetikus dan set fon kepala.

Namun senarai hadiah ini bergantung kepada model Legion 5i yang dipilih. Berikut adalah senarai penuh untuk pakej laptop dan hadiah yang ditawarkan:

Legion 5i 15IMH05 (82AU006NMJ)

  • Beg Sandang Gaming Legion + Tetikus M200 RGB bernilai RM279
  • Steam Wallet bernilai RM100
  • Intel Game Code bernilai RM240

Legion 5i 15IMH05 (82AU006PMJ)

  • Beg Sandang Gaming Legion + Tetikus M200 RGB bernilai RM279 + Set Fon Kepala Gaming H500 bernilai RM697
  • Steam Wallet bernilai RM100
  • Intel Game Code bernilai RM240

Legion 5i 15IMH05 (82AU006NMJ)

  • Beg Sandang Gaming Legion + Tetikus M200 RGB bernilai RM279 + Set Fon Kepala Gaming H500 bernilai RM697
  • Steam Wallet bernilai RM100
  • Intel Game Code bernilai RM240

Untuk menuntut hadiah, anda perlulah mengisi borang secara atas-talian terlebih dahulu, dimana memerlukan bukti resit pembelian. Maklumat lanjut boleh layari di halaman Facebook rasmi Lenovo Malaysia.

Lenovo Legion 5i bermula dari RM4,199 yang akan membawakan cip pemprosesan Intel generasi ke-10. Tawaran diatas akan bermula pada 1hb Ogos sehingga 30hb September.

- Iklan -

Mereka juga sedang menawarkan program waranti baharu bernama Lenovo Premium Care, sebuah servis teknikal 24-jam dan juga servis on-site, dimana jurupakar Lenovo akan ke tempat pembeli untuk pembaikan.

Kemaskini 16/07/20: Artikel asal menyatakan tarikh promosi bermula pada 21hb Julai sehingga 31hb Ogos. Ini telah ditukar kepada 1hb Ogos sehingga 30hb September.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen