Mengikut dari tweet pemaju dan penerbit permainan Alan Wake, Remedy Entertainment, mengumumkan bahawa permainan ini akan dibuang dari pelayar Steam secara serta merta pada 15hb Mei, 3PM mengikut dari waktu Malaysia.
Pembuangan permainan ini adalah atas isu lesen muzik yang telah akan tamat kelak. Platform jualan lain seperti Microsoft Store juga akan dibuang.
Alan Wake sale on @steam_games 90% discount starting 5/13. Game will be removed from stores after 5/15 due to expiring music licenses. pic.twitter.com/y10DPgY8Q0
— Remedy Entertainment (@remedygames) May 12, 2017
Kepada sesiapa membeli permainan ini sebelum tarikh disebut, akan disimpan didalam akaun mereka secara digital dan boleh dimain walaupun ianya tidak dijual pada masa akan datang.
Bersempena dengan itu, Remedy Entertainment akan memulakan jualan dengan diskaun sebanyak 90% pada 13hb Mei, 3PM ini, mengikut waktu Malaysia.
Alan Wake adalah permainan aksi-pengembaraan seram yang mula dijual pada tahun 2010 untuk Xbox 360 dan platform PC pada tahun 2012.
Maka ini adalah peluang terakhir untuk menambah Alan Wake sebagai koleksi permainan anda.