fbpx

Permainan Parti Pertama PlayStation Kini Dibawah Jenama PlayStation Studios

Sony memuat naik video mengenai perubahan kecil mengenai permainan akan datang untuk PS4 dan konsol mereka seterusnya, PS5.

Melalui video tersebut, jenama baharu diumum, PlayStation Studios. Penjenamaan ini adalah untuk menyatukan semua permainan parti pertama dibawah satu jenama yang sama. Logo dan video pengenalan tersebut boleh dilihat dibawah:

Dari video diatas, ianya menunjukkan beberapa permainan parti pertama yang telah dilancarkan sebelumnya sebelum logo baharu PlayStation Studios dipapar. Namun, beberapa pendebatan di sosial media berkata ianya menyerupai video Microsoft Studios.

Ini bermakna, mana-mana permainan video yang diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment (SIE) kelak akan berada dibawah payung PlayStation Studios.

Namun permainan seperti The Last Of Us Part II, Ghost Of Tsushima dan Horizon: Zero Dawn (PC) tidak akan mempunyai penjenemaan ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -