Nampaknya mereka di DC Universe sedang sibuk membangunkan permainan baharu mereka, khususnya kepada segmen Batman dan Suicide Squad.
Ini adalah berdasarkan tirisan yang dibuat oleh salah seorang pengguna laman forum ResetEra, DriftingOrbit menjumpai berkenaan pendaftaran domain yang mungkin melibatkan permainan baharu oleh DC kelak.
Domain yang didaftarkan adalah:
- suicidesquadgame.com
- suicidesquadkillthejusticeleague.com
- gothamknightsgame.com
Dengan pendaftaran diatas, sekaligus membawa ura-ura mengenai permainan Suicide Squad dan Batman Gotham Knights bakal diumum oleh Warner Bros kelak. Malah, mengikut dari topik forum yang sama, pengguna JaseC juga menjumpai syarikat yang mendaftar domain diatas adalah MarkMonitor Inc., sebuah syarikat yang sama disebalik pendaftaran wbgames.com.
Kita sedia tahu, DC sedang menawarkan salah permainannya secara percuma, tanpa apa-apa sebab, melainkan acara DC FanDome yang bakal tiba pada 22hb Ogos nanti.
Spekulasi berkata, berkemungkinan besar, permainan baharu akan diumum melalui acara tersebut.
Sumber: Melalui IGN.