fbpx

Persona 4 Golden Kini Tersedia Di Steam

Persona 4 Golden, permainan yang dulunya hanya untuk platform PlayStation (Vita & PS2) pernah mendapat ura-ura bahawa ianya bakal hadir ke PC melalui platform Steam.

Ternyata, maklumat tersebut adalah benar dimana permainan JRPG dari tahun 2008 ini diumumkan secara rasmi untuk versi PC dan tersedia untuk dibeli didalam Steam.

Persona 4 Golden membawakan pemain ke kawasan pekan kecil Jepun yang bernama Inaba. Pemain memegang karakter seorang pelajar sekolah yang bakal merungkai misteri pembunuhan didalam pekan tersebut.

Jikalau anda pernah bermain Persona 5, maka Persona 4 Golden (Atau P4G) adalah sebuah permainan yang amat disyorkan dengan pengalaman permainan yang serupa berserta dengan lagu latar belakang J-Pop dan J-Rock.

Persona 4 Golden kini boleh dibeli di Steam pada harga RM79.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen