Persona 4 Golden, sebuah permainan PC yang dibawakan dari platform PS Vita nampaknya terjual dengan baik.
Ini mengikut dari status Atlus melalui Twitter mereka, dimana Persona 4 Golden telah mencapai 500,000 pemain. Bersempena dengan pencapaian tersebut, senireka karakter Shigenori Soejima melakarkan lukiran yang membawakan watak utama, Nanako dan Teddie.
Persona 4 Golden dilancarkan buat pertama kali untuk PS Vita pada tahun 2012, sebagai versi ditambahbaik dari JRPG Persona 4 asal yang dilancarkan pada tahun 2008.
Sega, syarikat induk Atlus telah melancarkan beberapa permainan khas Jepun ke PC baru-baru ini. Salah satunya adalah siri Yakuza. Persona 4 Golden PC pula adalah satu inisiatif baharu dari mereka.