Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Pertandingan Amatur FIFA 17 Di Kuala Lumpur – Hadiah Tunai Sebanyak RM600

72

Jikalau anda ingin menguji bakat anda didalam permainan FIFA 17, pertandingan amatur ini mungkin untuk anda. Pertandingan eSukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur ini hanya terhad kepada pemain yang tidak pernah mendapat 3 keatas dari mana-mana pertandingan eSukan sebelumnya dalam jangka masa setahun.

Pertandingan yang akan bermula pada 4hb Februari ini akan dijalankan selama 2 hari bertempat di Neon IG Mall, Campbell Complex (berdekatan dengan Sogo), Kuala Lumpur.

Format perlawanan adalah berdasarkan konsep “bracket”, iaitu kalah mati. Berikut adalah jumlah hadiah tunai yang akan diberikan:

Utama: RM 300
Tempat ke-2: RM 200
Tempat ke-3: RM 100

*amaun hadiah diatas mungkin akan ditukar pada masa ke semasa, bergantung kepada jumlah pendaftaran.

Pendaftaran boleh dibuat melalui borang ini dengan yuran sebanyak RM25 dan ianya akan ditutup pada 04hb Februari, 12:00 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Event pertandingan ini.