fbpx

Platform Striman Microsoft – Mixer Akan Ditutup

Platform striman milik Microsoft, Mixer bakal ditutup operasi sepenuhnya dalam masa sebulan, iaitu 22hb Julai ini. Selain dari penutupan platform ini, kolaborasi antara Microsoft dengan Facebook Gaming juga bakal ditamatkan.

Ini adalah berkaitan dengan kolaborasi dimana ahli rakan strim Mixer akan turut sama mendapat status Facebook Gaming Partner, dengan status ini para rakan strim boleh meraih pendapatan melalui pengiklanan didalam platform Facebook.

Malangnya status tersebut bakal ditarikbalik atas keputusan penutupan platform Mixer ini. Microsoft memperoleh Beam, sebuah platform striman kependaman rendah pada tahun 2016, sebelum ianya ditukarkan kepada Mixer pada tahun 2017.

Nampaknya platform striman mereka agak sukar untuk bersaing dengan Twitch dan pesaing baharu yang amat popular di Malaysia, Facebook Gaming.

Berkaitan

- Iklan -

Komen