Iklan TV untuk PlayStation 5 dimuat naik buat pertama kali oleh PlayStation. Melalui iklan tersebut ianya memfokuskan pengalaman pemain semasa menggunakan alat kawalan generasi baharu, DualSense.
Mengikut dari kenyataan media tersebut, VP untuk Pemasaran, Mary Yee berkata ini adalah iklan digital pertama kali dipaparkan pada skala global untuk konsol PS5, dimana umum dapat melihat kelebihan konsol tersebut melalui mata pandangan pelakon wanita seperti video dibawah.
Pelbagai teknologi ditekankan didalam iklan tersebut, khususnya Haptic Feedback, Adaptive Triggers dan 3D Audio.
Tiada tarikh pelancaran masih lagi ditetapkan untuk PS5 buat masa ini, namun ianya dijadualkan pada penghujung tahun.
Sumber: Playstation Blog.