Langganan premium dengan pemberian percuma agak dinantikan kepada pengguna, kali ini PlayStation Asia memberikan permainan video secara percuma jikalau pembeli melanggan pakej premium PlayStation Plus secara setahun dengan kos RM129.00. Dengan langganan setahun ini, pelanggan boleh memilih sama ada Infamous Second Son atau The Order: 1886 secara percuma. Ianya akan diberikan secara kod 14 hari selepas pembelian.
Dalam masa yang sama juga, PlayStation memberikan diskaun sebanyak 20% dengan setiap pembelian 2 permainan yang terpilih melalui PlayStation Store. Permainan seperti Ratchet Clank, The Last of Us Remastered, Uncharted 4 dan banyak lagi melalui senarainya disini.
Melalui laporan dari SuperData, PlayStation Plus dan Xbox Live keduanya mampu menjana hampir USD $3 Bilion pada tahun lepas.