fbpx

PlayStation Plus & Xbox Live Menjana Hampir USD $3 Bilion Pada 2016

SuperData, sebuah organisasi data dan analisis mengeluarkan data maklumat mengenai jumlah Microsoft dan Sony menjana pendapatan melalui langganan PlayStation Plus & Xbox Live. Ini berikutan dari pelancaran Nintendo Switch yang lepas dimana Nintendo memilih untuk mengenakan caj tambahan melalui langganan premium kepada pemain yang ingin bermain secara multiplayer.

[blockquote cite=”Supoerdata”]”…the combined earnings for the subscription service for Sony and Xbox – PlayStation Network and Xbox Live, respectively – generated around $3 billion in revenues last year, and has proven a key component in transitioning consumers to the higher-margin side of the business in digital distribution. Total earnings for digital downloads on console last year, including full game downloads and micro-transactions, was $7 billion, worldwide.“[/blockquote]

Pada Jun tahun lepas, Sony pernah membuat pengumuman dimana mereka mempunyai hampir 21 juta pelanggan PlayStation Plus diseluruh dunia dimana Microsoft menyatakan mempunyai 47 juta pengguna Xbox Live yang aktif. Namun data dari Microsoft adalah pengguna yang aktif, bukanlah jumlah pengguna pakej premium Xbox Live Gold.

SuperData juga membuat anggaran bahawa jualan permainan video melalui digital akan mencecah USD $7.8 bilion pada tahun ini.

Harga langganan PlayStation Plus adalah sebanyak RM129 setahun, manakala Xbox Live Gold (melalui jualan parti ketiga) anggaran sebanyak RM230 setahun.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -