Amalan Black Friday sudah semestinya jarang dilihat di rantau Asia namun makin mula dikenali semenjak beberapa tahun ini. PlayStation Store Asia juga mengambil kesempatan untuk menawarkan promosi besaran bersempena Black Friday dengan diskaun 40% sehingga 28hb November nanti.
Permainan video yang baru sahaja dilancar seperti Assassin’s Creed Origins, FIFA 18, Middle-earth: Shadow Of War dan juga Need For Speed Payback mendapat diskaun yang banyak. Malah, permainan klasik seperti Witcher 3: Wild Hunt, Bloodborne, Grand Theft Auto V dan Rainbow Six: Siege juga mendapat diskaun.
Layari kedai atas talian mereka untuk melihat katalog penuh mengenai promosi ini. Tambahan diskaun juga akan diberi untuk pelanggan PS Plus.
Artikel Asal: Gamer Matters