PlayStation Store, sebuah platform atas talian untuk penjualan game PlayStation secara digital kini mempunyai pelbagai promosi dan diskaun yang agresif berbanding sebelumnya. Dengan peningkatan pengguna untuk servis mereka, Sony berkemungkinan akan menukar paparan muka PlayStation Store kepada lebih kemas dan mesra pengguna untuk membeli.
Mengikut sumber dari DualShockers.com, Sony secara tidak sengaja menukarkan paparan muka PS Store baharu mereka dengan menunjukkan pelbagai fungsi dan maklumat baharu kepada pembeli. Dengan reka bentuk paparan muka yang lebih minimalis, maklumat diberikan lebih jelas kepada pembeli terhadap game yang dijual melalui platform ini. Maklumat seperti saiz game tersebut, spesifikasi teknikal, output video dan juga sokongan “cross-platform” untuk PS Vita.

Video trailer juga akan dimainkan secara automatik didalam bentuk definisi tinggi. Namun Sony menukar semula kepada paparan muka yang lama sejurus selepas itu. Tiada maklumat rasmi diberikan oleh Sony walaupun kemaskini 3.50 (Musashi) dikeluarkan, ianya tiada kena mengena dengan pengenalan PS Store serba baharu ini. DualShockers.com juga sempat menangkap beberapa gambar dengan paparan muka baharu seperti dibawah. (Gambar kredit kepada DualShockers.com)

