WRC 9, permainan rasmi kejohanan rali dunia akan hadir dalam masa terdekat, dan kita semua mendapat video trailer terbaharu dengan memperkenalkan senarai “kereta legenda”.
Menariknya, jentera dari Malaysia, Proton Iriz juga turut tersenarai selain dari kereta rali lain yang terkenal seperti 1973 Alpine A110 dan Volkswagen Polo WRC tahun 2016.
WRC 9 akan membawakan 15 kereta dibawah label kereta legenda, dengan video pengumuman dibawah:
Walaubagaimanapun, 1 kereta masih lagi belum diumum dari jumlah senarai 15 kereta tersebut.
Mengikut dari video diatas, jentera-jentera legenda yang kita ketahui adalah kereta yang pernah menangi kemenangan dari siri kejohanan rali dunia sebelum ini. Namun, 3 kereta dari senarai tersebut adalah lebih kepada beberapa sebab, bukannya atas sebab “legenda” itu sendiri.
Sebagai contoh, Citroen C3 WRC 2019 adalah kereta pengeluar Perancis terakhir yang digunakan didalam liga rali tersebut, dan menangi tempat ketiga pada tahun tersebut. Porsche 911 GT3 RS RGT (997) pula adalah sebuah kereta sukan yang sukar untuk diubah suai untuk perlumbaan rali.
Manakala Proton Iriz R5, adalah salah satunya kereta dibawah spesifikasi R5 untuk perlumbaan kategori WRC2.
- Lancia Stratos
- Lancia Fulvia HF
- VW Polo WRC 2016
- Lancia 037
- Porsche 911 GT3 RS RGT (997)
- Ford Escort MkII 1800
- Alpine A110 1973
- Lancia Delta HF Integrale Evoluzione
- Citroën Xsara WRC 2005
- Ford Focus 2007
- Toyota Corolla 1999
- Audi Quattro A2 1984
- Citroen C3 WRC 2019
- Proton Iriz R5
WRC 9 bakal hadir pada 3hb September untuk PC (Epic Games Store), dan versi konsol akan hadir pada 8hb September. Beberapa video trailer telah dipertonton seperti perlumbaan di New Zealand dan “dunia Safari” di Kenya.