Selepas pengumuman PS5 dari Sony yang lepas, banyak spekulasi dan pertanyaan mengenai keserasian belakang untuk konsol generasi baharu mereka. Sony telahpun membuat kenyataan dimana hampir kesemua permainan PS4 boleh dimainkan didalam konsol PS5, akan tetapi tiada komen dibuat mengenai konsol klasik mereka seperti PS3, PS2 dan PS1.
Pertanyaan tersebut terjawab melalui temu ramah bersama Jim Ryan, CEO Sony Interactive Entertainment bersama Famtisu baru-baru ini. Dari perbualan tersebut, beliau mengesahkan permainan klasik dari generasi PlayStation pertama sehingga ketiga, tidak boleh dimainkan di PS5.
Ini adalah kerana teknologi PS5, khususnya, sistem storan SSD adalah teknologi baharu dan tidak akan berfungsi dengan sepenuhnya untuk permainan klasik dari konsol generasi yang lepas (kecuali PS4).
Pendekatan Sony ternyata berbeza dengan Microsoft dimana Xbox Series X mampu menyokong keserasian kebelakang hingga permainan Xbox 360.
PS5 bakal dilancarkan di Malaysia pada 19hb November 2020, dengan harga (tidak rasmi) USD 399.99.
Sumber: Famitsu, melalui GameInformer.