Now Reading
Reviu: Avantree Audition Pro Wireless – Sesuai Untuk “Gaming”?

Fon Kepala Tanpa Wayar Untuk "Gaming"?
Overview
Pembina

Avantree

Model

Audition Pro Wireless

Fon kepala adalah salah satu aksesori essential untuk semua para gamers khususnya kepada mereka yang ingin mempunyai pengalaman bermain yang lebih “khusyuk” sehingga memfokuskan diri kepada alam permainan tanpa gangguan.

Manakala fon kepala tanpa wayar pula adalah bonus kepada pemain untuk bermain tanpa gangguan dengan posisi yang lebih selesa. Namun seperti kita semua tahu, aksesori khususnya untuk gaming ini kebiasaanya mempunyai tag harga yang teramat mahal, sehinggakan menjadi diluar kemampuan kebanyakan pemain semua.

Maka, kami sempat mencuba Avantree Audition Pro, sebuah set fon kepala tanpa wayar yang dijual khas untuk segmen hiburan / kasual dengan harga yang agak murah. Adakah ianya sesusai untuk diguna atas tujuan untuk gaming?


Kualiti Binaan

Selepas kami membuka kotaknya ianya dilengkapi dengan sarung keras untuk tujuan mobiliti, kabel USB untuk pengecasan, kabel 3.5mm untuk mendengar secara berwayar dan fon kepala itu sendiri. Sarung keras ini mempunyai kualiti yang tinggi, namun saiznya yang agak besar agak kurang selesa dibawa untuk berjalan.

Bagi fon kepala pula, kami agak kagum dengan kualiti binaan terhadap produk dari jenama Avantree ini, dengan pad telinga dan pad kepala yang agak lembut, kerangkanya juga kukuh dan boleh dilipat. Menurut dari Avantree, ianya dibina melalui material kulit yang lembut untuk keselesaan, dan ternyata ianya amat selesa dipakai walaupun pada masa jangka masa yang panjang.

Sesuai Untuk Dipakai Semasa Bermain?

Sudah tiba masa untuk kami beri pendapat pada fon kepala ini atas tujuan untuk gaming. Apa yang penting terhadap fon kepala semasa sesi bermain adalah kualiti suara, kualiti mikrofon, ketepatan atau kecepatan signal suara (atas sebab tanpa wayar) dan juga keselesaan dari memakai dalam jangka masa yang panjang.

Salah satu point jualan oleh Avantree adalah fon kepala tanpa wayar ini mempunyai keupayaan menghantar signal suara dengan lag yang minimal. Fungsi yang dipanggil AptX Low Latency dapat mengurangkan masa penghantaran sehingga 32-40ms maka tiada isu penghantaran signal yang ketara. Adakah ianya hanya gimik semata? Kami cuba bermain permainan yang mempunyai pergerakan pantas seperti Titanfall 2, ternyata apa yang dipasarkan benar, tiada isu kami alami semasa bermain permainan tersebut, malah sehinggakan tidak terasa bahawa kami sedang memakai fon kepala tanpa wayar. Ianya mampu memberi kesan suara yang tepat dan cukup pantas seperti fon kepala yang berwayar.

Namun Audition Pro juga tidak mengecewakan didalam segmen kualiti suara, walaupun agak tenggelam khususnya pada bunyi pertengahan (mid) atas sebab bass yang agak tinggi, ianya masih memuaskan sama ada semasa bermain permainan video, menonton drama mahupun mendegar muzik. “Bass boost” juga disediakan, namun tetapan sedia ada sudah memadai, maka fungsi ini tidaklah berguna.

Berborak dengan rakan semasa sesi bermain dengan Audition Pro ini akan mempunyai pengalaman yang amat mengecewakan. Kualiti suara yang dikeluar agak tenggelam, lemah dan juga berkualiti rendah, mungkin membuatkan anda memikir sama ada ini adalah fon kepala yang anda inginkan.

Fon Kepala Tanpa Wayar Yang Hebat?

Salah satu soalan dikeluarkan semasa membeli fon tanpa wayar adalah daya ketahanan bateri. Usah risau, ianya teramat hebat, kami pernah mencuba menggunakan hampir satu hari tanpa henti, ianya masih lagi boleh digunakan untuk beberapa jam pada hari esoknya. Mengikut dari pihak Avantree, daya ketahanan bateri dari caj penuh adalah selama 40 jam!

Audition Pro adalah solusi kepada pemain yang inginkan privasi semasa bermain di ruang tamu dengan fon kepala tanpa wayar dengan harga yang tidak berapa mahal. Ianya menggunakan teknologi Bluetooth untuk menghubungkan dengan media anda, maka hampir kesemua media boleh dihubung seperti telefon bimbit pintar, PC, laptop dan juga tablet anda.

Malangnya konsol PlayStation 4 tidak boleh dihubung sama sekali melalui sambungan Bluetooth, anda mungkin inginkan aksesori tambahan seperti Avantree Priva II ataupun memakai wayar 3.5mm kepada alat kawalan PS4 anda. Isu PlayStation 4 ini adalah normal, malah kami telah cuba menghubung 3 jenis fon kepala yang lain melalui Bluetooth, dan ianya gagal.

Fungsi NFC juga diberikan, sebuah fungsi sentuh dan berhubung amat mudah untuk sesiapa yang ingin bermain permainan melalui telefon pintar.

Kesimpulan

Fon kepala tanpa wayar sudah menjadi kebiasaan untuk dijual pada harga yang tinggi, khususnya didalam segmen produk gaming seperti Razer, SteelSeries dan juga jenama yang lain. Tidak semestinya jenama yang bukan memfokuskan kepada permainan video, tidak sesuai untuk dibeli atas tujuan gaming. Audition Pro dari Avantree ternyata memberi banyak kepuasan terutamanya dari tag harga yang agak rendah.

Dengan penghantaran signal suara yang pantas, kualiti suara bagus, mahupun kualiti fon kepala itu sendiri yang cemerlang, maka ini adalah salah satu fon kepala tanpa wayar yang kami akan syorkan pada sesiapa yang mencari. Namun kekurangan ketara pada kualiti mikrofon perlu diambil serius kepada para pemain untuk bermain bersama rakan.


Diskaun RM20 Dari Penjual – Ookas

Avantree Audition Pro dijual pada harga RM285 dari jualan atas talian Ookas. Anda juga boleh menikmati diskaun RM20 dengan menggunakan kod kupon ini (tanpa ” ): “GAMER20A”. Kod sah sehingga 10hb Februari 2017.

Reviu ini berdasarkan unit reviu diberi oleh Ookas kepada kami.


Galeri Gambar:

 

Pandangan Positif Kami

- Harga yang berpatutan
- Penghantaran signal suara yang pantas
- Kualiti suara yang memberangsangkan
- Kualiti produk yang bagus
- Pakej diserta dengan bag penyimpan untuk mobiliti

Pandangan Negatif Kami

- Kualiti mikrofon yang tidak memuaskan
- Bag penyimpan yang agak besar
- Fungsi Bass Boost yang tidak perlu
- Tidak boleh dipasangkan ke PS4 melalui Bluetooh (isu normal)

Markah Kami
Markah Pembaca
Rate Here
Kesan Bunyi / Suara
9.5
9.9
Reka Bentuk
9.0
8.0
Kepuasan Gaming
4.8
7.6
Harga
9.8
7.0
Ulasan

Audition Pro ternyata mempunyai potensi untuk menjadi sebuah fon kepala tanpa wayar yang terbaik untuk "gaming". Namun atas kekurangan dari faktor penting seperti mikrofon ianya berkemungkinan akan mengecewakan beberapa pihak.

Akan tetapi, dengan kualiti suara yang bagus, kualiti material yang tinggi dan pakej yang memuaskan dari tag harga mampu, ini berkemungkinan salah satu fon kepala tanpa wayar yang kami minati.

8.3
Markah Kami
8.1
Markah Pembaca
1 rating
You have rated this
About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen