Now Reading
ReviuMalaya: iPega PG-9701 – Tablet Untuk Gaming

 

iPega, adalah sebuah jenama yang sering kali kita dengari sebagai jenama gajet untuk gaming bersama dengan peranti smartphone atau tablet anda. Namun bukan bagi unit IPEGA PG-9701 ini yang dimana ianya agak unik berbanding dengan peranti / gajet iPega yang lain.

Perbezaan yang dinyatakan adalah unit ini dikenali sebagai set 2 dalam 1 dimana disertakan alat kawalan dengan tablet dedikasinya.

PENAJA: Jutaan terima kasih kepada GameHyperMart.com, selaku penaja program ini kepada kami. Dapatkan game dan gajet terkini, sama ada secara pre-order atau stok sedia ada tambah pula dengan kualiti servis terbaik, jom beli sekarang.

 

Pandang Pertama & Nyah-Kotak

Kotaknya amat menarik perhatian dengan saiz yang agak besar dan juga agak berat.

Dari bahagian luaran kotak, ianya menunjukkan beberapa maklumat interaktif tentang tablet ini. Maklumat-maklumat seperti spesifikasi dan kelebihan tablet ini.

 

Setelah kami membuka kotaknya, pertama sekali yang kami lihat adalah tablet itu sendiri dengan saiz skrin sebesar 7 inci, walaupun tidak sebegitu besar, namun ianya saiz yang cukup sesuai untuk sesi gaming yang selesa.

Dibawah tablet tersebut, terdapat alat kawalan khas untuk tablet ini yang dimana cara pembungkusannya amat kemas untuk perlindungan dari potensi kerosakan.

 

Selain daripada itu, set pakej biasa juga akan diberikan seperti adapter dengan converter untuk negara-negara yang lain, kabel USB dan converter untuk negara-negara lain.

 

Setelah nyah-kotak, nampak satu kelainan, cara pengecasan adalah melalui adapter “DC”, bukannya melalui USB.

 

 

Spesifikasi Tablet

Berikut adalah spesifikasi tablet ini:
Saiz skrin 7 inci Jenis TFT (1024 X 600)
Cip pemprosesan Quad Core oleh RockChip dengan kuasa sebanyak 1.6GHz
GPU jenis Mali 400 DDR3 GDRAM
Memori RAM 2GB dan memori dalaman sebanyak 16GB. Penambahan boleh dilakukan melalui microSD sehingga 64GB
Kapasiti bateri pula berada di paras 4000 mAh
Beberapa ciri lain juga disertakan seperti: Slot mini HDMI, slot audio 3.5mm, wifi, bluetooth 4.0, microUSB, microSD dan juga slot pencucuh untuk pengecasan.




 

Pandang Pertama Alat Kawalan

Bagi kami, pengalaman memegang alat kawalannya amat mengagumkan. Ianya amat besar dan selesa untuk dipegang dan bermain dalam jangka masa yang panjang. Juga, butang-butang fizikal beserta dengan thumbstick, semestinya amat mudah untuk dikendali.

 

Selain dari butang aksi pada bahagian kanan dan butang D-Pad dibahagian kiri, ianya juga disertakan butang tambahan R1 L1, dan R2 L2 dibahagian atas kontroller ini. Boleh dikatakan, layout butang alat kawalan ini seakan sama seperti alat kawalan PlayStation 4.

Butang start, select dan suis on/off juga disediakan.

Pengalaman Bermain

Bagi kami, pengalaman bermain game dengan tablet iPega PG-9701 beserta dengan alat kawalan amatlah memuaskan, ini adalah kerana saiz 7 inci yang boleh dikatakan saiz yang “ideal” untuk gaming dimana sahaja. Tambahan pula dengan kualiti alat kawalan beserta saiznya yang amat terbaik dengan posisi tangan untuk mengendalinya, ini adalah salah satu ciri yang kami minat terhadap alat kawalan ini untuk sesi gaming dalam jangka masa panjang.

 

 

Namun, alat kawalan hanya dibuat khas untuk tablet dedikasinya yang dimana prestasi tablet tersebut agak mengecewakan. Antara sebab utama adalah spesifikasi tablet yang agak rendah untuk mencapai pengalaman gaming yang selesa dengan game / apps yang terkini khususnya kepada game yang memerlukan kualiti grafik yang tinggi.

Mujurlah ianya disertakan emulator yang sedia ada didalam tablet ini dimana membolehkan anda main game game klasik yang kebanyakannya secara percuma.

Rumusan

Secara khususnya, tablet dengan alat kawalan ini semestinya memberikan kepuasan dengan pengalaman bermain yang agak unik. Kepujian diberikan terhadap IPEGA yang mengeluarkan alat kawalan yang berkualiti dan selesa diguna, namun atas kerana kesesuaianya alat kawalan tersebut dengan tablet yang disertakan, ianya agak terhad untuk pemain.

Ini adalah kerana spesifikasi yang agak rendah daripada tablet ini yang kadangkala mempunyai masalah prestasi untuk bermain game kini khususnya game yang menggunakan kualiti grafik yang tinggi.

 

Namun bagi kami, emulator untuk game klasik tersedia didalam tablet tersebut mempunyai bonus yang ekstra untuk menambahkan pengalaman gaming dengan tablet ini. Bayangkan game klasik kini boleh dimainkan pada tablet + alat kawalan, semestinya ianya menyeronokkan!

 

Dengan tag harga RM399 dijual oleh Gamehypermart.com, semestinya bagi kami ianya agak berbaloi bagi sesiapa yang inginkan pengalaman permainan yang unik.

Mari layan reviu kami didalam bentuk Video:

Pandangan Positif Kami

- Kualiti dan pengalaman bermain dengan alat kawalan
- Harga yang amat berbaloi untuk membeli set 2-dalam-1
- Dedikasi dengan emulator untuk bermain game klasik

Pandangan Negatif Kami

- Alat kawalan hanya khas dibuat untuk tablet itu sendiri
- Spesifikasi tablet terlalu rendah untuk game terkini

Markah Kami
Markah Pembaca
Rate Here
Reka Bentuk
8.0
8.8
Kepuasan Gaming
6.0
7.6
Spesifikasi
4.5
6.3
Harga
9.0
7.4
Ulasan

Pengalaman terbaik pabila main Street FIghter & Metal Slug dengan kepuasan maksima.

7.0
Markah Kami
7.5
Markah Pembaca
4 ratings
You have rated this
About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen