Roger Jr Dibuang Dari Tekken 7 Atas Isu Hak Asasi Haiwan

Now Reading
Roger Jr Dibuang Dari Tekken 7 Atas Isu Hak Asasi Haiwan

Sekali lagi organisasi PETA (People for the Ethical Treatment of Animals) bersuara dan menentang terhadap karakter Roger Jr yang seakan “dibuli” atas karakternya yang lemah semasa menentang musuh didalam permainan Tekken 7.

Permainan yang diterbit oleh Bandai Namco ini telah dijual semenjak 2 tahun yang lalu di Jepun, manakala versi PC akan hadir pada bulan Jun ini dengan ketiadaan Roger Jr, karakter kanggaru yang terkenal atas isu aktivis haiwan tersebut.

Katsuhiro Harada, Penerbit Eksekutif permainan tersebut menerangkan tentang isu ini melalui sidang media bersama VG24/7.

“Ada satu video dimana kanggaru ditumbuk dan menjadi sebuah isu yang besar…..ramai orang tidak berpuas hati dengan video tersebut dan kami menerima maklum balas dari aktivis haiwan tersebut. Walaupun mereka ini tidak pernah bermain permainan tersebut (Tekken 7), namun pabila mereka mendengar kanggaru ditumbuk, mereka terus membuat aduan tentang video tersebut.”

Berikut adalah kenyataan beliau mengenai isu yang Bandai Namco hadapi sekarang. Menariknya, karakter beruang, Kuma masih lagi “selamat” atas kemungkinan faktornya yang “lebih kuat untuk berlawan dengan manusia”.

Ini bukanlah kali pertama PETA bersuara dengan melibatkan permainan video, sebelumnya, permainan Warhammer juga mendapat nasib yang sama atas isu pemakaian bulu haiwan didalam salah satu figura mereka.

Roger Jr akan diganti dengan Alex, karakter dari Tekken 5 dan ini hanya akan terjadi untuk platform PC versi Amerika Syarikat yang akan dilancarkan pada awal Jun tahun ini.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen