fbpx

Saiz Permainan Digital Nintendo Switch Diperlihat

Nintendo Japan mengumumkan saiz permainan video versi digital untuk konsol Nintendo Switch sebentar tadi. Berikut adalah senarai dan maklumat saiz yang akan diambil kepada storan konsol Switch kelak:

  • The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 13.4 GB
  • Mario Kart 8 Deluxe – 7 GB 
  • Snipperclips: Cut it Out, Together! – 1.60 GB
  • Disgaea 5 – 5.92 GB
  • Puyo Puyo Tetris – 1.09 GB
  • I Am Setsuna – 1.40 GB
  • Dragon Quest Heroes I·II – 32 GB
  • Nobunaga’s Ambition – 5 GB

Ini adalah atas susulan tentang keresahan peminat atas saiz storan yang diberi agak kecil iaitu 32GB, walaupun ianya boleh ditambah melalui storan luaran sehingga 2TB, namun kos untuk membeli kad jenis SDXC mungkin agak tinggi buat sesetengah pemain.

Senarai diatas hanya mempunyai impak kepada permainan versi digital sahaja. Manakala versi fizikal tidak akan memerlukan storan konsol itu, sebuah fungsi yang amat diterima oleh peminat.

Nintendo Switch akan mula dipasarkan pada awal Mac ini, namun harga yang diumum untuk pasaran tempatan adalah amat mahal di paras RM2,299.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -