Mengikut dari sumber Reddit, melalui akaun legate123, beliau berkongsikan saiz muat turun Tom Clancy’s The Division versi Beta untuk platform PC adalah sebanyak 26.25GB. Melalui gambar yang dikongsikan adalah pelayar Uplay yang kini didalam memuat turun versi Beta untuk game tersebut. Beliau berkata, ianya adalah sebuah “Private Beta” yang hanya diberikan kepada beberapa akaun sahaja.
Beta Tertutup untuk The Division hanya akan dikeluarkan pada 28hb Januari untuk pelanggan yang telah membeli secara pre-order untuk game ini. Namun jangan risau, Ubisoft juga memberikan dengan memilih secara rawak melalui pendaftaran Beta disini. Namun ianya hanya untuk akaun Uplay berdaftar di kawasan Amerika Utara & Selatan sahaja.
The Division akan mula dipasaran pada Mac ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.