Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

20 Game Pilihan Hati Kami Untuk Tahun 2016

294

2015 telahpun melabuhkan tirai dan meninggalkan kita buat selamanya. Sudah semestinya banyak baik, buruk dan juga kontroversi didalam industri gaming untuk tahun lepas. Dari game seperti Fallout, Star Wars Battlefront, sehingga kembalinya Need For Speed ala Underground. Juga tidak lupa kepada Witcher 3, sebuah kejayaan yang amat berbaloi selepas penantian yang bertahun lamanya.

Banyak juga game yang menarik akan datang pada tahun ini. Maka kami senarai pendek 20 game yang kami nantikan untuk tahun 2016.

*Nota: Senarai ini tidak termasuk game jenis “Remastered” yang dijual semula dipasaran.

#20: Titanfall 2

Titanfall 2

Pembina: Respawn Entertainment
Pengeluar: Electronic Arts (EA)
Tarikh Pasaran: Tidak Diketahui (2016)

Setakat ini tiada berita rasmi dikeluarkan, namun mengikut daripada kenyataan dari Vince Zampella, selaku pengasas studio Respawn Entertainment bahawa siri sekuel untuk Titanfall akan hadir pada penghujung tahun 2016 dan ianya amat “berbaloi” untuk dinantikan kepada semua peminat. Titanfall, sebuah siri game FPS Multiplayer yang mendapat pujian sebelum ini akan mendapat sekuel bernama Titanfall 2.

Artikel Berkaitan: Pencapaian sebanyak 10 Juta, Titanfall

#19: Far Cry Primal

Pembina: Ubisoft
Pengeluar: Ubisoft
Tarikh Pasaran: 23hb Februari 2016

- Iklan -

Kini Far Cry kembali dengan pendekatan yang lain kepada pemain. Pemain kini berpengalaman bermain semasa zaman batu dimana bertempur dengan banyak binatang buas seperti Sabbertooth Cat ataupun Mammoth. Video gameplay juga telah dikeluarkan semasa acara The Game Awards lepas.

#18: Dishonored 2

Pembina: Arkane Studios
Pengeluar: Bethesda
Tarikh Pasaran: 2016

Setakat ini tiada berita lanjut tentang Dishonored 2, namun mengikut dari pengumuman semasa E3  ianya berlaku pada zaman 15 tahun selepas berbanding siri asal Dishonored sendiri. Pemain kini boleh mengawal dua karakter antara Emily Kaldwin dan Corvo Attano sebagai protagonis dari karakter siri pertama yang pernah berjanji untuk melindungi Emily sebagai puteri.

Artikel Berkaitan: Rumusan E3: Bethesda

#17: For Honor

For-Honor2

Pembina: Ubisoft
Pengeluar: Ubisoft
Tarikh Pasaran: 2016

Sebuah game perperangan zaman “Medieval” dimana pemain boleh mengambil peranan sebagai karakter Viking, Samurai ataupun Knight. Setiap karakter akan menawarkan kebolehan yang tersendiri.

#16: Tekken 7

Tekken

Pembina: Bandai Namco
Pengeluar: Bandai Namco
Tarikh Pasaran: 2016

Banyak spekulasi diperkatakan bahawa Tekken 7 adalah siri terakhir untuk game perlawanan yang terkenal ini. Setelah beberapa penundaan dibuat ianya akan berada dipasaran pada 2016, 20 tahun selepas siri asal Tekken itu sendiri.

- Iklan -




#15: Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4

Pembina: CyberConnect2
Pengeluar: Bandai Namco
Tarikh Pasaran: 4hb Februari 2016

Diperkatakan sebagai siri terakhir untuk game ini, banyak karakter dan isi kandungan akan diberikan buat peminat Naruto. Kami juga sempat bermain dan merakamkan beberapa video gameplay semasa acara GameStart 2015 di Singapura pada November lepas.

Pertandingan Hebat Naruto Ultimate Ninja Storm 4 di GameStart 2015

#14: Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands

Wildlands

Pembina: Ubisoft
Pengeluar: Ubisoft
Tarikh Pasaran: 2016

Ghost Recon: Wildlands adalah game jenis tactical shooting dengan berkonsepkan open-world. Ianya adalah siri yang ke-10 bagi francais Ghost Recon yang kini menempatkan pemain pada masa zaman moden dan berkemungkinan disertakan saiz peta yang besar.

#13: Horizon: Zero Dawn

Pembina: Guerilla Games
Pengeluar: Sony Computer Entertainment
Tarikh Pasaran: 2016

Sebuah game baharu yang dibina oleh Guerilla Games, sebuah studio disebalik francais Killzone. Selaku game eksklusif untuk platform PlayStation 4, ianya ditempatkan pada era 1,000 tahun dari sekarang dengan makhluk robot sebagai musuh bagi pemain.

#12: Gears Of War 4

Pembina: The Coalition
Pengeluar: Microsoft
Tarikh Pasaran: 2016

Diumumkan semasa E3 yang lepas, game yang bertajuk Gears 4 adalah siri yang baharu untuk francais Gears of War dari Microsoft. Berdasarkan video, dengan suasana gelap dan ngeri, pemain perlu menempuh cabaran dengan melawan musuh seperti makhluk dan alien.

#11: Cyberpunk 2077
CD Projekt Kini Fokus Kepada Pembangunan Cyberpunk 2077

Pembina: CD Projekt Red
Pengeluar: CD Projekt Red
Tarikh Pasaran: 2016-2017

Yup, kami tahu bahawa game ini mungkin dipasarkan pada tahun 2016 atau 2017, namun mengikut dari pengumuman dari pihak pembina baru-baru ini, mereka menyatakan bahawa CD Projekt Red kini ingin memfokus projek pembinaanya kepada Cyberpunk 2077 selepas pelancaran Witcher 3 dengan jayanya.

#10: Uncharted 4: A Thief’s End

Pembina: Naughty Dog
Pengeluar: Sony Computer Entertainment
Tarikh Pasaran: 26hb April 2016

Siri terakhir buat pengembaraan Nathan Drake oleh studio Naughty Dog. Walaupun beberapa tundaan dibuat, kami masih menanti game siri pengembaraan hebat ini.

Naughty Dog Memberi Jawapan Tentang Penundaan Uncharted 4




#9: The Legend of Zelda

Zelda-Wii-U

Pembina: Nintendo
Pengeluar: Nintendo
Tarikh Pasaran: 2016

Game yang telah lama tidak berada di arena gaming kini kembali khas untuk platform Wii U. Bertempat di dunia Hyrule dengan berkonsepkan Open-World.

#8: Quantum Break

QUantum-Break

Pembina: Remedy Entertainment
Pengeluar: Microsoft
Tarikh Pasaran: 5hb April 2016

Sebuah game eksklusif untuk platform Xbox One, Quantum Break adalah game yang amat menarik kepada pemain. Game berkonsepkan drama TV dimana pemain perlu menentukan jalan cerita daripada pilihan yang dibuat. Game ini telah ditunda sehingga tahun 2016.

#7:  DOOM

Pembina: id Software
Pengeluar: Bethesda
Tarikh Pasaran: 2016

Sebuah game yang tertunda agak lama, semenjak dari tahun 2008 kini telah diumum semula pada acara E3 2015 yang lepas. Dengan video gameplay yang menunjukkan beberapa makhluk dan senjata baharu, ianya salah satu game dinantikan oleh ramai peminat.

#6: XCOM 2

Pembina: Firaxis Games
Pengeluar: 2K Games
Tarikh Pasaran: 5hb Februari 2016

Selepas 5 tahun, siri XCOM kini akan mendapat sekuel buat julung kalinya buat peminat. Game jenis strategi (RTS) dengan konsep sci-fi, pemain perlu berjuang untuk menyelamatkan bumi dari dijajah oleh serangan alien. Beberapa teknologi dan kandungan baharu akan dikeluarkan untuk XCOM 2 ini.

#5: Final Fantasy XV

Pembina: Square Enix
Pengeluar: Square Enix
Tarikh Pasaran: 2016

Siri popular Final Fantasy kini kembali dengan beberapa penambahanbaikan dan juga teknik gameplay yang baru. Ianya berkonsepkan open-world dengan sistem real-time combat yang dimana buat julung kalinya dibuat dari siri Final Fantasy sebelum ini.

#4: No Man’s Sky

Pembina: Hello Games
Pengeluar: Hello Games
Tarikh Pasaran: June 2016

Sebuah game Eksklusif untuk PlayStation 4, namun kini ianya diumumkan bahawa No Man’s Sky juga akan hadir ke platform PC. Game konsep open world yang dimana pemain boleh meneroka planet-planet di seluruh alam semesta. Diperkatakan akan menjadi sebuah projek game yang terbesar pernah dibuat dengan 18 quintillion (18,000,000,000 bilion) dunia yang perlu diteroka buat pemain. Ianya amat menakjubkan.

#3: Dark Souls III

dark-souls-3

Pembina: FromSoftware
Pengeluar: Bandai Namco Entertainment
Tarikh Pasaran: April 2016

Kami sempat berpengalaman game ini di acara GameStart yang lepas. Ianya sebuah pengalaman yang amat menakjubkan. Penambahbaikan dari sistem kombat, grafik dan juga musuh-musuh akan diberikan untuk Dark Souls III ini.

#2: Tom Clancy’s The Division

Pembina: Ubisoft, Red Storm Entertainment
Pengeluar: Ubisoft
Tarikh Pasaran: 2016

Pada asalnya kami sangkakan game ini adalah sebuah MMO dengan konsep open-world dan berskala besar seperti Destiny. Namun beberapa isi kandungan dan video gameplay dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa ianya bukan yang kami ramalkan. Usah risau, konsep dan idea asal tentang game ini masih lagi memberi impak yang besar buat pemain. Bermain sebagai ejen taktikal yang bernama The Division dengan misi mereka untuk mengekalkan sistem yang telah jatuh di Amerika Syarikat. Walaupun ianya bukan berkonsepkan MMO, namun pemain boleh main secara online ala-Borderlands, dimana pemain boleh bermain bersama rakan secara PvE mahupun PvP.

- Iklan -




#1: Mass Effect: Andromeda

Pembina: BioWare
Pengeluar: Electronic Arts
Tarikh Pasaran: Disember 2016

Ianya diperkenalkan sebagai Mass Effect 4, namun selepas pengumuman mereka pada E3 lepas, ianya kini dikenali sebagai Mass Effect: Andromeda. Tiada lagi Komander Sherpard sebagai Protagonist untuk siri Mass Effect kali ini. Dengan enjin grafik Frostbite 3, ianya diperkatakan akan mempunyai kualiti grafik yang amat hebat seakan realistik kepada dunia sebenar. Ramai masih lagi menantikan maklumat lanjut tentang Andromeda, seperti karakter, penglibatan dengan siri lepas dan juga isi kandungan seperti sistem kombat.

Berikut adalah 20 jenis game yang kami tak sabar untuk tahun 2016, bagaimana pula dengan anda? Jom kongsikan pendapat anda dengan komen dibawah.