fbpx

Season Pass 2 Kedua Diumum Untuk Borderlans 3 Dengan Kandungan Istimewa

2K dan Gearbox telah membuat pengumuman dimana permainan “looter-shooter” mereka, Borderlands 3 bakal mendapat pas musim kedua.

Ini mengikut dari pengumuman mereka yang lepas berkenaan DLC baharu yang akan membawakan cabang kemahiran baharu untuk semua karakter permainan ini. DLC yang bernama The Designer’s Cut ini bakal mengandungi cabang kemahiran yang keempat dan mod serba baharu, iaitu Arms Race. DLC yang kedua untuk Season Pass 2 ini adalah Director’s Cut DLC yang akan hadir pada tahun hadapan.

Designer’s Cut DLC bakal hadir pada 10hb November, sebuah tarikh yang agak sibuk berkenaan dengan pelancaran Xbox Series X, PS5 dan beberapa permainan pada minggu yang sama.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -