fbpx

Selepas Jepun, Nintendo Switch Mendominasi Pasaran US – Mengalahkan PS4 & Xbox One

Selepas artikel kami kongsikan tentang prestasi jualan Switch yang hebat di Jepun pada minggu lepas, kini tiba masa untuk mereka mendominasi pasaran barat juga untuk menentang konsol terkenal seperti PlayStation 4 dan Xbox One.

Data dari NPD Group (melalui Game Revolution) meyatakan bahawa Switch mencapai jualan tertinggi pada bulan Mac di US, sekaligus mengalahkan unit jualan konsol lain seperti PS4 dan Xbox One.

Namun maklumat seperti jumlah unit terjual tidak diberi.

Mengikut dari data itu lagi, prestasi jualan PS4 untuk bulan yang sama sekali lagi menewaskan Xbox One. Jikalau ianya betul, maka jualan PS4 berada diparas yang baik dan mengalahkan Xbox One selama 5 bulan berturut-turut.

Minggu lepas, Famitsu juga mengeluarkan data jualan konsol-konsol di Jepun yang dimana Switch mendominasi dengan lebih dari 500,000 unit terjual berbanding dengan PS4 pada 140,068 sahaja.

Sepertimana kami nyatakan dari artikel yang lepas, ianya adalah sebuah berita yang dijangka atas sebab pelancaran Switch didalam bulan Mac.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -