fbpx

Selepas Wii U, Pokken Tournament Akan Hadir Ke Nintendo Switch

Walaupun acara E3 akan bermula dalam masa beberapa hari lagi, namun Nintendo membuat keputusan untuk mengumumkan beberapa berita baik buat peminat.

Pokken Tournament, sebuah permainan yang pernah dijual untuk platform Wii U kini akan hadir ke Nintendo Switch juga melalui taklimat Nintendo Direct semalam. Namun penambahbaikan akan dibuat seperti lima Pokemon baharu dengan beberapa fungsi seperti perlawanan 3v3, online ranked play dan juga perlawanan jenis friendly atau berkumpulan.

5 karakter baharu tersebut adalah Darkrai, Scizor, Empoleon, Croagunk dan Decidueye bersama dengan 16 karakter yang sedia ada dari versi sebelumnya.

Permainan tersebut juga mendapat nama baharu iaitu Pokken Tournament DX.

Untuk makluman, fungsi bermain secara atas talian memerlukan keahlian premium Nintendo terlebih dahulu, namun ianya masih lagi percuma buat sementara waktu sehingga tahun 2018.

Pokken Tournament DX akan mula dipasarkan pada 22hb September ini untuk Nintendo Switch.

Sumber: Gamespot


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -