Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Senarai Permainan Untuk Bulan Januari 2018

289

Sebagai bulan pertama untuk tahun ini, beberapa barisan permainan video akan mula dipasarkan dan kami harapkan ianya adalah permainan yang hebat untuk kita lupakan kontroversi hebat pada tahun lepas. Kebanyakan permainan yang dipasarkan adalah dari Jepun, dan seperti yang dijangkakan, kebanyakannya adalah permainan perlawanan.

Jom lihat senarai permainan akan hadir pada bulan Januari:

1 Street Fighter V Arcade Edition – 16hb Januari

Street Fighter V Arcade Edition – 16hb Januari

Street Fighter V telahpun dilancarkan pada 2016 dan ianya agak kurang ideal dari konsep asalnya. Namun pihak pemaju berjanji akan sentiasa membawa kandungan baharu sehingga tahun 2020 kelak. Kandungan seperti karakter tambahan, lokasi perlawanan dan beberapa kemaskini yang memfokuskan kepada kestabilan antara karakter. Malah, online multiplayer untuk semua platform dalam satu, yang dimana agak kecewa semasa pelancaran kini telah mendapat rombakan besar dari Capcom.

Kandungan ketiga (atau dipanggil musim ke-3) akan dibawa secara percuma dan juga akan dijual semula dipasaran (yang dimana akan disertakan kandungan dari musim ke-1 & ke-2). Arcade Edition, akan membawa mod yang sering diminta oleh orang ramai, iaitu Arcade Mode, dan Team Battles akan dibawa seiring dengan UI serba baharu, Extra Battles (acara pada masa terhad) dan karakter tambahan seperti Sagat dan Sakura. Malahan, V-Trigger II juga akan dibawa masuk kelak.

Jikalau anda masih berminat namun belum miliki Street Fighter V, maka Arcade Edition adalah permainan yang boleh dipertimbangkan.

Platform: PS4, PC

2 The Inpatient – 23hb Januari

The Inpatient – 23hb Januari

Permainan VR yang seram dari pemaju Until Dawn ini pernah diumum pada bulan November yang lepas sebelum ianya ditunda tarikh pelancarannya. Menariknya permainan ini berkongsi dunia yang sama dengan Until Dawn, cuma ianya ditempatkan 60 tahun sebelum ianya berlaku. Pemain bermain sebagai pesakit Blackwood Sanatorium, yang mengambil perspektif serupa dengan Until Dawn.

Platform: PS VR

3 Dragon Ball FighterZ – 26hb Januari

Dragon Ball FighterZ – 26hb Januari

Permainan perlawanan yang dibina oleh Arc System Works, semestinya sesuatu yang peminat inginkan. FighterZ adalah sebuah permainan 3v3 dengan animasi yang dicipta semula melalui sistem pasukan (tag team) ala- Marvel VS Capcom. Malah, story mode juga akan dibawa mengikut dari jalan cerita asal anime ini.

Walaupun dikategorikan sebagai permainan perlawanan, Dragon Ball FighterZ akan menjadi sebuah permainan yang agak senang dimula khususnya untuk pemain kasual.

Platform: PS4, PC, Xbox One

4 Monster Hunter: World – 26hb Januari

Monster Hunter: World – 26hb Januari

Dua permainan besar dilancarkan pada hari yang sama. Selain DBFZ, Monster Hunter: World juga menyerang dunia konsol kelak. Dari solo sehingga empat pemain, ianya sebuah pengalaman unik dengan memburu raksasa didalam lokasi yang agak eksotik. Sungguhpun, melawan “raksasa” adalah sebuah konsep permainan tipikal dari Negara Matahari Terbit ini, akan tetapi Monster Hunter akan membawa pengalaman pemain yang berbeza. Pemain boleh menjejaki raksasa dari kesan tapak kakinya, menyediakan jerat perangkap dan akhirnya berlawan dengan senjata yang sungguh cantik dan artistik.

Bahan crafting juga boleh diperoleh selepas menewaskan raksasa dan banyak kelengkapan dan perkakas boleh didapati dari perlawanan tersebut. Peminat RPG semestinya perlu meletakkan permainan ini salah satu yang perlu dibeli pada bulan ini.

Platform: PS4, Xbox One (PC pada 2018)

5 Dissidia Final Fantasy NT – 30hb Januari

Dissidia Final Fantasy NT – 30hb Januari

Dissidia, sebuah francais yang menggunakan hero dari permainan video Final Fantasy sebagai aksi-RPG / perlawanan, akan hadir ke konsol buat pertamakalinya.

Asalnya dari versi arked di Jepun, Dissidia Final Fantasy NT akan membawa lebih banyak karakter dan juga story mode.

Platform: PS4

Artikel Asal: Gamer Matters