fbpx

Servis PlayStation Network Akan Ditutup Sementara Hari Ini

Sony telahpun mengeluarkan notis kepada pemain tentang penutupan servis buat sementara waktu pada hari ini. Atas tujuan penyelenggaraan berjadual, ianya akan memakan masa selama 2 jam pada hari ini. Mengikut dari kenyataan rasmi Sony, penutupan servis ini akan bermula pada Selasa 12PM (Waktu Malaysia) dan akan memberi sedikit gangguan kepada pengguna.

Namun ianya tidak akan ditutup sepenuhnya, permainan online (multiplayer) akan berjalan seperti biasa, hanya akan memberi impak kepada sesiapa yang ingin melayari PlayStation Store sahaja pada masa tersebut.

[blockquote cite=”PlayStation, Sony”]“Kepada sesiapa yang telah mempunyai akaun boleh log masuk kepada PlayStation Network dan bermain game seperti biasa walaupun semasa tempoh penyelenggaraan berlaku. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kami cuba sebaik mungkin untuk menyediakan servis ini berjalan seperti biasa semasa proses ini, namun kami terpaksa membawakan servis PlayStation Network kepada offline untuk penyelenggaraan dengan penambahan ciri-ciri baharu.”[/blockquote]

Jikalau ianya berkaitan dengan PlayStation Store, maka anggapan kami adalah mengikut dari artikel yang lepas tentang PlayStation Store serba baharu tertiris.

Buat masa ini, kami cadangkan supaya gamers semua tidak bermain secara online pada masa yang dinyatakan untuk mengelak kes alat kawalan rosak atau pecah.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -