fbpx

Siri Permainan The Witcher Telah Mencecah 50 Juta Unit Jualan

Siri permainan yang membawakan CD Projekt Red menjadi salah satu syarikat bernilai di Eropah, The Witcher telah mendapat pencapaian baharu, dengan 50 juta unit jualan.

Unit terjual ini adalah gabungan kesemua permainan siri The Witcher. Sebagai pecahan, The Witcher 3: Wild Hunt, adalah permainan Witcher yang terkini dan paling mendapat sambutan, telahpun meraih lebih dari 28 juta unit, dan majoritinya adalah dari platform PC, iaitu 12 juta unit, berbanding PS4 pada paras 10.8 juta unit.

Menariknya, sebelum Witcher 3 diumum, siri permainan ini hanya terjual sebanyak 5 juta unit sahaja. Mengikut dari analisa Daniel Ahmad (@ZhugeEX) kenaikan unit jualan mendadak terjadi sebaik selepas pelancaran Witcher 3 dan prestasi jualan stabil sekaligus menyumbang kepada jumlah jualan.

Image
Sumber: Twitter Daniel Ahmad (@ZhugeEX).

Pelancaran drama adaptasi The Witcher didalam Netflix juga membawa impak secara keseluruhan yang pernah membawa rekod pemain bermain dalam satu masa lebih tinggi berbanding semasa tahun pelancaran.

Nampaknya tahun ini adalah tahun yang baik bagi CD Projekt, ini belum lagi dicampurkan pelancaran Cyberpunk 2077 kelak, dengan harapan ianya adalah sebuah permainan yang berkualiti tinggi dengan mendapat kepuasan positif kepada umum.

Sumber: Gamespot.

Berkaitan

- Iklan -

Komen