fbpx

Sonic Boom Tertunda Ke 2016

Sonic Boom: Fire & Ice, salah sebuah game akan datang untuk platform Nintendo 3DS tertunda ke 2016 berdasar dari pengumuman rasmi Sega. Mengikut jadual asal, game ini akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

“Anda mungkin mengambil hal sebab tunda ini sebagai berita buruk, tetapi kami ingin menyatakan, ianya adalah berita baik sebenarnya,” kata Sega pada artikel blog mereka.

“Kami menunda ke tahun 2016 adalah kerana memberi masa yang lebih untuk menambah baik pengalaman gaming yang terbaik.”

Katanya lagi, “Kami rasa ianya amat penting bagi pemain, bukan hanya untuk siri Sonic ini sahaja, malah siri-siri yang akan datang.”

Buat masa kini tiada berita lanjut tentang tarikh yang akan dipasarkan pada tahun 2016, namun Sega menyatakan “Ianya akan siap pabila ianya sudah siap.”


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -