fbpx

Sony Akan Mengadakan State Of Play Hanya Untuk Satu Permainan

Sony membuat pengumuman bahawa mereka akan mengadakan State Of Play pada minggu ini dan ianya khas untuk satu permainan sahaja, iaitu sebuah permainan dunia-terbuka dari Sucker Punch, Ghost Tsushima.

Mengikut pada artikelnya di PlayStation Blog, beberapa video gameplay akan dipaparkan, dan anggaran durasi adalah selama 18 minit. Ini untuk mengatasi masalah ketidakpuashati peminat atas kekurangan video gameplay mengenai permainan yang akan dilancarkan pada Julai nanti dan pra-tempah juga sudah dibuka.

Jikalau 18 minit tersebut memfokuskan kepada video gameplay serta merta tanpa video sinematik atau video temu-bual, ini adalah satu tindakan yang agak mendadak dari Sony dan bakal menerima pendapat baik dari peminat.

Sepertimana State Of Play kali ini hanya akan memfokuskan kepada Ghost Of Tsushima, maka tiada maklumat atau pengumuman mengenai PS5 akan dibuat.

Acara ini akan bermula pada 15hb, jam 4 pagi melalui Twitch atau Youtube.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen