Seperti yang kita tahu, bahawa 8hb Oktober ini Beta umum Star Wars: Battlefront akan dikeluarkan untuk semua platform. Maka EA hari ini mengumumkan bahawa berikut adalah spesifikasi keperluan PC untuk minima dan spesifikasi yang disyorkan:
Spesifikasi Minimum:
- OS: 64-bit Windows 7 dan ke atas
- Cip Pemprosesan (Intel): Intel i3 6300T atau sama dengannya
- Memori: 8GB RAM
- HDD: Sekurang-kurangnya 40GB
- Kad grafik: nVidia GeForce 660 2GB atau ATI Radeon HD 7850 2GB
- DirectX 11.0
- Keperluan internet selaju 512 KBPS dan keatas
Spesifikasi yang Disyorkan:
- OS: 64-bit Windows 10 dan ke atas
- Cip Pemprosesan (Intel): Intel i5 6600 atau sama dengannya
- Memori: 16GB RAM
- HDD: Sekurang-kurangnya 40GB
- Kad grafik: nVidia GeForce 970 4GB atau ATI Radeon R9 290 4GB
- DirectX 11.1
- Keperluan internet selaju 512 KBPS dan keatas
Saiz game versi beta ini adalah sebesar 11GB dan memerlukan akaun Origin untuk muat turun.