fbpx

7GB Adalah Saiz Untuk Star Wars Battlefront BETA

Setelah pengumuman tentang BETA Star Wars Battlefront akan dibuka kepada semua, Electronic Arts (EA) kini memberi maklumat lanjut tentang BETA ini, seperti saiz game yang perlu dimuat-turun, tahap level pemain dan lain-lain.

Saiz yang perlu dimuat turun adalah sebanyak 7GB untuk PlayStation 4, manakala 11GB untuk platform Xbox One dan PC. Setakat ini pihak EA hanya membenarkan untuk platform PC untuk muat-turun sebelum tarikh beta melalui aplikasi Origin.

[Berkaitan]: Rainbow Six Siege – BETA Tertutup

Tambahan lagi, EA telah mengesahkan bahawa pemain BETA boleh menaikkan level-nya sehingga ke tahap 5. Beberapa barang boleh didapati melalui meningkatan level pemain.

Star Wars Battlefront BETA akan bermula pada 8hb Oktober (4:00 petang) sehingga 12hb Oktober dan ianya terbuka kepada semua.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -