fbpx

Star Wars Battlefront 2 Akan Didatangkan Dengan “Story Mode” – Dijual Pada November Ini

Selepas penantian dari video teaser mereka yang lepas, Star Wars Battlefront 2 akhirnya diumumkan secara rasmi beberapa jam yang lepas di Star Wars Celebration 2017 di US.

Sebuah siri dari tajuk asalnya, Star Wars Battlefront pada tahun 2015, Battlefront 2 akan mula dipasarkan pada 17hb November ini untuk tiga platform utama, PS4, Xbox One dan PC.

Ianya akan didatangkan dengan kempen single-player yang membawakan penceritaan tentang askar Empire semasa perperangan seperti dinyatakan didalam video melalui frasa kata “the untold soldier’s stories”.

Malah, pelbagai kandungan tambahan diberi dengan karakter seperti Darth Maul, Kylo Ren dan juga Rey dari filem Star Wars baharu.

Battlefront 2 ternyata menjawab beberapa maklum balas dari peminat atas kekecewaan mereka dari siri yang lepas. Star Wars Battlefront 2 akan mula dijual dengan dua versi, iaitu Standard Version dan Deluxe Version dengan penambahan kandungan didalam permainan tersebut.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -