fbpx

Star Wars Battlefront 2 Tidak Akan Mempunyai ‘Season Pass’ Atas Sebab Tertentu

DICE, pemaju Star Wars Battlefront 2 baru sahaja mengeluarkan video trailer penuh mengenai permainan ini sebentar tadi. Salah satu faktor yang ditekankan semasa temu ramah bersama Mashable adalah berkenaan dengan penjualan ‘Season Pass’ kepada pemain.

Bernd Diemer, Pengarah Kreatif Battlefront 2 mengesahkan, bahawa ianya tidak akan mempunyai pas ini kepada pemain dengan bersebab.

“Kami tidak inginkan komuniti kami berpecah”

Beliau juga pernah memberi komen mengenai masalah yang dihadapi dari siri sebelumnya, Star Wars Battlefront yang pernah dilancarkan pada tahun 2015. Isu seperti kos tambahan untuk kawasan / peta baharu, sememangnya mengasingkan dan menambahkan jurang komuniti sesama pemain.

“Untuk permainan seperti ini sepatutnya tidak memerlukan sebarang pas tambahan. Kami perlu membuangkan budaya ini untuk pengalaman bermain yang lebih baik.”

Kata beliau lagi tentang isu yang dihadapi sebelum ini.

Battlefront 2 akan mula dipasarkan pada 17hb November ini untuk PS4, Xbox One dan PC.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -