fbpx

Star Wars Battlefront II Adalah Permainan Kedua Percuma PS Plus

Selepas pengumuman awal mengenai permainan COD WWII secara percuma untuk PS Plus minggu lepas, PlayStation Asia membuat pengumuman mengenai permainan kedua percuma, iaitu Star Wars Battlefront II.

Kedua-dua permainan ini agak besar skalanya jikalau berbanding bulan lepas, yang lebih kepada tema simulator. Battlefront II hanya boleh dimuat turun mulai esok, manakala Call Of Duty WWII boleh dimuat turun sejak 26hb Mei.

Untuk pengetahuan, Star Wars Battlefront II telahpun menerima kemaskini terakhir mereka, Battle of Scarif, untuk studio DICE memfokuskan kepada pembangunan permainan baharu mereka, Battlefield 6.

Kedua-dua permainan percuma ini boleh dimuat turun sehingga 6hb Julai 2020.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -