Kebiasaanya, PlayStation akan mengumumkan dua permainan percuma PS Plus secara serentak pada setiap bulan, namun tidak bagi bulan Jun tahun ini.
Kali ini, mereka menggunakan pendekatan yang berbeza, hanya satu permainan diumum secara percuma dan boleh dimuat turun serta merta, manakala satu lagi akan diumumkan kemudian.
Call Of Duty WWII (Ulasan Kami), adalah permainan yang dipilih untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan PS Plus yang aktif pada bulan Jun 2020.
Manakala untuk permainan kedua bakal diumumkan pada minggu ini, kebarangkalian pada rancangan State Of Play mereka yang dijadualkan minggu ini. Sebagai rujukan, Cities: Skylines dan Farming Simulator 19 adalah permainan percuma untuk bulan Mei 2020.

