fbpx

Star Wars: Squadrons Tidak Akan Mempunyai Urus Niaga Mikro

Beberapa hari lepas, EA memuatnaik video kepada umum mengenai permainan kapal pejuang Star Wars baharu dan ianya menerima ramai minat oleh orang ramai. Permainan yang dijadualkan pelancarannya pada Oktober ini bakal menjadi sebuah permainan berskala kecil dan akan menjanjikan tanpa urus niaga mikro.

Mengikut dari temu bual antara Pengarah Kreatif, Ian Frazier bersama Game Informer, sebab utama pengenalan harga yang rendah adalah cubaan mereka untuk bermurah hati kepada pemain dan pemain akan mempunyai pengalaman yang lengkap.

Beliau juga berkata, Squadrons bukanlah sebuah permainan “live services”, dimana faktor sistem langganan tidak akan hadir didalam permainan ini.

Motive, pembangun permainan ini telah mengesahkan ketiadaan urus niaga mikro, sistem langganan mahupun DLC.

Star Wars: Squadrons akan mula dilancarkan pada 3hb Oktober untuk platform PS4, PC dan Xbox One.

Berkaitan

- Iklan -

Komen