Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Stifled, Permainan Seram VR Dari Singapura Akan Hadir Pada 31hb Oktober

5

Sudah tiba masanya untuk perayaan Halloween. Stifled, permainan seram yang dimana anda boleh melihat dari pendengaran adalah sebuah permainan yang dibina oleh Gattai Games, studio dari Singapura akan mula dipasarkan pada 31hb Oktober nanti.

Berita ini adalah melalui PlayStation Blog, dimana Justin Ng, Pengarah Urusan Gattai Games berkongsi beberapa butir mengenai proses pembinaan permainan video tersebut. Ianya berkonsepkan seorang wanita yang cacat penglihatan menempuh cabaran dengan menggunakan teknik suara sekililing untuk mencari jalan pulang.

Sebelum projek Stifled bermula, studio yang sama pernah menjayakan permainan video bernama Lurking dan meraih beberapa pencalonan dan memenangi anugerah.

Kami telah mencuba Stifled pada PSX SEA 2017 yang lepas, dan amat kagum dengan pengalaman permainannya. Stifled akan mula dipasarkan pada 31hb Oktober untuk platform PS VR.

Artikel Asal: Gamer Matters