fbpx

Syarikat Dari Malaysia, Lemon Sky Studios Antara Studio Terlibat Didalam Final Fantasy VII Remake

Pernah tak anda bermain permainan popular yang dikeluarkan pada bulan ini? Jika ya, anda mungkin alami kualiti hasil kerja dari bakat tenaga kerja oleh Lemon Sky Studios.

Studio yang memfokuskan pembangunan animas ini terletak di Malaysia dan pernah terlibat banyak permainan AAA. Dan mereka kini boleh menyiarkan yang dimana mereka adalah antara salah satu studio yang menyumbangkan asetnya didalam permainan Final Fantasy VII Remake, malah juga terlibat didalam Resident Evil Resistance.

Untuk Final Fantasy VII Remake, Lemon Sky terlibat didalam penciptaan aset 3D (Reviu dari rakan kami, Gamer Matters).

Manakala untuk Resident Evil Resistance pula, mereka terlibat didalam aset 3D, khas untuk karakter dan keadaan sekeliling. Resident Evil Resistance adalah sebuah komponen multiplayer untuk Resident Evil 3 Remake. (Reviu kami disini).

Lemon Sky juga pernah bekerja dengan Square Enix dan Capcom untuk permainan sebelumnya. Permainan seperti Final Fantasy XIV: Heavensward, Final Fantasy XIV: Stormblood, Final Fantasy XIV: Shadowbringers, Teppen dan juga Dead Rising 4.

Malah beberapa aset didalam Uncharted: The Lost Legacy juga adalah hasil kerja Lemon Sky Studios ini.

Terima kasih pada mereka, dimana kita akan jangkakan lebih banyak permainan video yang mendapat sentuhan dari orang Malaysia. Salah satunya adalah Command & Conquer Remaster.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen