Sekali lagi mereka mencipta sejarah dengan penglibatan mereka didalam pembangunan permainan video berskala AAA. Studio yang bukan lagi calang-calang dikalangan orang industri, Lemon Sky Studio.
Studio yang terletak di Malaysia ini terlibat didalam pembangunan permainan oleh Naughty Dog yang pernah dinanti ramai, iaitu The Last Of Us Part II.
Sekuel dari permainan pertama yang pernah dilancarkan pada tahun 2013 ini mendapat banyak pujian dari ulasan, termasuk ulasan kami, namun malangnya dengan penceritaan yang mengecewakan. Akan tetapi, semestinya kami berpuas hati dengan seni dan kualiti grafik yang disumbang oleh Lemon Sky.
Berikut adalah krew yang terlibat dengan pembangunan The Last Of Us Part II oleh Lemon Sky Studios:
Studio ini juga mempunyai hubungan rapat yang lama dengan Naughty Dog atas penglibatan projek-projek yang sebelumnya, iaitu Uncharted 4: A Thief’s End dan juga The Lost Legacy.
Malah, mereka juga terlibat banyak yang terkenal seperti Final Fantasy VII Remake dan Resident Evil Resistance.
Satu fakta yang menarik tentang permainan yang kita nikmati selama ini mempunyai hasil tangan karya orang Malaysia itu sendiri.