GameStart Asia, sebuah acara konvensyen permainan video seumpamanya di Asia Tenggara kini akan hadir untuk tahun ke-4 pada 14hb dan 15hb Oktober ini. Bertempat di lokasi yang sama, Suntec Convention Centre, Singapura, ianya adalah sebuah acara yang dinantikan khususnya komuniti pemain di rantau Asia itu sendiri.
Acara yang pernah disertai oleh syarikat besar seperti Sony PlayStation, Microsoft Xbox, Blizzard, Capcom mahupun Bandai Namco untuk mempamerkan permainan video terbaharu mereka kepada umum. Pelbagai rekod juga pernah dicipta, seperti demo PlayStation VR buat pertama kali dibuat kepada pemain di Asia, dan juga pengumuman julungkali dibuat untuk Gravity Rush 2 dari acara yang sama.
Acara perlawanan eSukan juga diadakan seperti perlawanan Capcom Pro Tour (Asia), FIFA, mahupun Rainbow Six Siege.
GamerMalaya juga pernah kesana pada tahun 2015 (berikut adalah laporan penuh kami) selaku media sokongan yang pertama dari Malaysia untuk GameStart dan dengan harapan akan kami ke tanah Singapura untuk tahun ini juga.
Ikuti laman sosial Facebook atau Twitter kami untuk perkembangan lanjut.