Tarikh Pasaran Rise of The Tomb Raider Untuk PS4 Tertiris

Seperti kita tahu, Rise of The Tomb Raider adalah sebuah game eksklusif sementara untuk platform Xbox One, Xbox 360 dan PC. Ianya diperkatakan akan dipasarkan untuk platform PlayStation 4 setahun selepas pelancaran. Namun setakat ini tiada lagi tarikh rasmi diumumkan oleh Square Enix.

Mengikut dari sumber forum NeoGAF, melalui IGN, GameStop Itali telah mengeluarkan maklumat mengenai tarikh pasaran tajuk game ini, iaitu pada 10hb November untuk PlayStation 4. Namun berkemungkinan tarikh tersebut tidak menjadi kenyataan atas sumber lebih sahih dari Amazon menyatakan pada 30hb Disember ini.

Rise of The Tomb Raider telah mula dipasarkan semenjak tahun lepas untuk Xbox One dengan prestasi reviu yang agak positif dari pelbagai laman web. Manakala untuk platform PC adalah pada penghujung Januari 2016.

 

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen