fbpx

Generasi PlayStation 4 Mungkin Tamat Pada Tahun Hadapan

Selepas laporan Sony mengenai jualan konsol PlayStation 4 yang lepas, Damian Thong, seorang individu yang pernah membuat analisa tepat mengenai pelancaran PlayStation 4 Pro dan Slim kini membuat satu lagi ura-ura bahawa Sony akan melancarkan konsol generasi baharu (berkemungkinan PlayStation 5) pada tahun 2018.

Ini adalah mengikut dari status tweet oleh salah satu wartawan Wall Street Journal (Melalui GameSpot) mengenai ura-ura dikeluarkan oleh penganalisa tersebut.

Ura-ura ini mungkin benar atas sebab ramalan jualan PlayStation 4 yang akan menurun menurut dari laporan fiskal tahunan mereka yang lepas.

Malah, pengumuman Project Scorpio, sebuah konsol yang berkuasa tinggi dari Microsoft berkemungkinan akan memberi impak kepada pilihan pembeli terhadap PlayStation 4.

Mengikut dari pendapat penulis Gamespot, ianya mungkin benar namun atas sebab Microsoft membolehkan pemain mereka bermain permainan Xbox One dan Xbox 360 didalam konsol Project Scorpio, Sony perlu melakukan sesuatu yang relevan atas pelancaran konsol generasi baharu mereka kelak.

Sony masih lagi tidak mengeluarkan kenyataan rasmi setakat ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -